Menjadi seorang aku...memang nampak mudah luarannya...senyum...tertawa dan kerap kali membuat teman2 tertawa dengan lawak aku yang sepontan...seolah aku memang bebas dari segala masalah...itulah aku..sejak dulu hingga sekarang aku tidak menjadikan masalah yang aku hadapi itu suatu beban yang sangat besar...walaupun sememangnya ianya sangat besar...bersyukur pada Allah kerana aku rasa ada orang lebih besar masalahnya dari aku...
Baru-baru ini aku dipanggil ke sekolah kerana masalah disiplin anak bungsu...kata cikgu dia memukul pelajar lain dan juga lewat masuk ke sekolah..... ada beberapa orang pelajar lain yang turut terlibat, Abdullah Zaki lebih kepada mengikut kawan-kawann yang lebih besar.......bila cerita kat teman2 ofis semuanya macam tak percaya, sebab fizikal anak bungsu aku yang sememangnya kecil...itu lah... kecil jangan disangka anak...besar jangan disangka bapa...aku harap dia bukan begitu..biarlah dia kecil dan tetap seorang anak...
Masa terima surat dari Abdullah Zaki..aku sudah memetir...macam2 perkataan yang hiba2 keluar dari mulut aku..sambil bercakap aku menangis.. nak buat dia rasa aku sangat sedih atas perbuatannya...tapi sebenarnya aku yang terlebih emosi..dia relax saja....
"Adik tak kesian kat ibu ke..adik sanggup tenguk ibu malu sebab kena jumpa cikgu kat sekolah...adik nak pegi sekolah anak yatim ke....adik tak sayang ibu ke....adik nak duduk dengan nenek kat kampung ke?..sampai hati adik buat macam ni kat ibu..."
Semua kata2 itu keluar walaupun aku tidak pernah berniat mahu berpisah dengan anak2..apa lagi menghantar mereka ke kampung... susah senang aku akan besarkan mereka dengan tulang empat kerat ini..aku hanya memohon muga Allah beri aku kekuatan dan ketabahan menghadapi kerenah anak2 yang sedang meningkat remaja ini....
Oleh kerana masalah ini agak berat maka Abdullah Zaki dikenakan tindakan gantung sekolah selama seminggu...maka bermula hari sabtu lepas hinggalah sekarang Abdullah Zaki sentiasa depan mata...aku sekat segalanya...duit belanja...dan juga kawan2....
Aku memnag rasa belas melihat dia gelisah kerana tidak dapat bermain bola dengan kawan2 di padang..aku memang sangat kesian bila dia tidak dapat bertemu kawan2nya...tapi aku harus tegas...aku cuma berharap kenakalan dia kerana mengikut kawan2 akan berakhir bila aku memberi hukuman begini...disamping setiap hari aku memberi kata2 motivasi kepadanya....dan nasihat demi nasihat.....
Sesungguhnya banyak hikmahnya bila berlaku kejadian ini...dan aku bersyukur kerana masih belum terlambat untuk aku membetulkan keadaan...aku tahu dan sangat sedar aku juga banyak melakukan kesilapan dalam mendidik anak2..mungkin aku terlalu berlembut selama ini...
Mudah2an cerita ini bukan membuka pekong di dada..cuma sekadar berkongsi rasa dan jika ada pandangan teman2 sangat aku alu2kan...kerana bukan mudah menjadi aku....menjadi seorang ibu tunggal...



