Bismillah...Assalamualaikum..
Aku sempat menarik Ana untuk bergambar sama kerana ada suatu bingkisan buat Ana kelak.
Sehari sebelum hari gathering berlangsung, aku telah dimaklongkan oleh sahabatku MIMI yang dia tidak dapat pergi kerana kereta masih di workshop, aduhhh......frust sangat macam nak guling-guling rasanya.....dah terbayang2 aku bakal gagal join..tapi berpantang ajal sebelum maut.... aku segera mengirim SMS kepada
Ana dari blog
cerita-anaa.meminta bantuan Ana..sebelum2 ini pun aku pernah risik2 Ana , sekiranya aku tiada kenderaan nak join gathering tu aku nak tumpang Ana...Ana kata no hal...boleh aje..(itu beberapa minggu yg lepas) ana bersetuju saja walaupun pada hakikatnya kami taklah ngam sangat pun..baru sekali jumpa kat rumah kakcik
Inilah Ana yang sentiasa ceria....mekasih Ana..Lap u 2...
Sementara menanti balasan SMS Ana aku kirim SMS serupa pada
Kakcik...aku kata nak mintak tolong kakcik amik aku di stesen Komuter UKM..kakcik jawab ok walaupun sebenarnya kakcik dan en suami tak tahu pun kat mana stesen komuter UKM tu..(memang terbaik lah kakcik ni, sayang kakcik...)
Beberapa minit kemudian Ana pun jawab..ok no hal...Ana jawab benda yg sama, walaupun sebenarnya Ana sendiri tak tahu kat mana letaknya stesen Komuter UKM..Ana kata tak jadi masalah nanti dia tanya kat rakan2 ofis..malam sebelum 18/12/11, aku confirmkan pada Ana aku tunggu di stesen UKM...insyallah pukul 11.00 pagi aku sampai di stesen tersebut..
Suami Ana..walaupun bukan blogger tapi sangat sporting dan peramah.
Dalam kepala otak dah terbayang nak bawak nasi impit dan rendang..walaupun tak banyak rasa rebeh gak bahu aku membawa dua jenis makanan tersebut...tapi demi gathering yang sangat aku nanti-nantikan maka apa jua rintangan aku akan hadapi..aku sampai awal, pukul 10.15 dah terpacak di stesen UKM..Ana SMS dia kata lewat, kalut sungguh katanya.....tak kisah lah biar aku menunggu, jangan Ana yang tunggu...ku menunggu.(mcm lagu ella pulak)..
Bila Ana tiba..jeng..jeng..jeng..rupa2nya Ana dengan seisi keluarga..suami dan 4 hero2nya..aku rasa malu2 kucing gak pada mulanya bila tenguk suami Ana ada sama.....tapi Suami Ana ni sangatlah sporting dan peramahnya....aku memang dah sedia peramah so dah macam kenal bertahun, walaupun baru sekejap berjumpa..sirna semua rasa malu2 kucing tu...
Tanpa sesat barat dengan panduan aku (bak kata Gedek, Bangi ni dah macam kampung halaman aku) maka kami pun tibalah dengan rasa yang berbagai di singgahsana
dato LF yag teramat indah dan damai...kami di sambut oleh
Akuzle@ayu yang menjadi penyambut tetamu..ayu pun sungguh peramah bila dah kali kedua jumpa.
Selesai majlis yang sangat gilang gemilang, Ana hantar aku ke stesen Komuter UKM semula...lagi sekali beg yang aku galas jadi berat kerana membawa balik beberapa jenis makanan yang ditapau di rumah Dato....dari UKM aku ke Nilai...mengambil bas ke Bandar Baru Salak Tinggi dan kemudian ambil teksi ke rumah...lepas solat asar aku sempat up date pertemuan tersebut, aku antara yang paling cepat up date...
Bangun pagi2 esuknya (19/12/11) tangan kiri aku berlaku kekejangan...sengal-sengal dan badan pun rasa sakit2...Alhamdulillah harini dah ok seperti biasa....dan aku menunggu pertemuan seterusnya yang tak tahu bila bakal diadakan lagi.
Pada Ana dan suaminya yang sangat baik hati (aku tahu Ana sangat ikhlas kerana semuanya terpancar dari matahati Ana)..aku ucapkan jutaan terima kasih..tanpa bantuan Ana, tanpa susah payah Ana dan suami mungkin aku tidak dapat menyertai Gathering tersebut...terimakasih Ana...budi baik Ana akak kenang hingga akhir hayat.
Oleh kerana itu aku dengan rendah hati dan dengan rasminya mengambil Ana sebagai Adik angkat aku..(apa kata Ana?) mudah2an silaturrahim yang terjalin ini akan berterusan hingga bila2. InsyaALLAH.