NS sibuk menyiapkan souvenir untuk perwakilan yang hadir di hari Mesyuarat nanti..
Setiap tahun akulah yang ditugaskan mengeluarkan wang untuk kehadiran dan mengagihkan sebelum mesyuarat berlangsung...saat yang mendebarkan setiap kali membuat balancing...Alhamdulillah semua ok!
Sempat berposing sebelum masuk ke Dewan
Alhamdulillah setelah berminggu2 membuat persiapan untuk Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi..akhirnya pada 29 Oktober 2011 yang lalu, selesai sudah Mesyuarat Agung dijalankan. Dividen sebanyak 7.2% diumumkan dan diterima tanpa bantahan oleh Perwakilan..
Penyata Dividen telah mula diedarkan pada hari Mesyuarat dijalankan.....bermakna...minggu depan Staff yang terlibat mulai sibuk...termasuklah NS yang akan membuat bayaran melalui Sistem Macs yang diperkenalkan oleh Agrobank...tak menang tangan nak buat bayaran dan menjawab panggilan tekefon yang bertanya mengenai bayaran dividen.
Akhir sekali menghadapi hidangan makan tengahari...
Alhamdulillah...semua berjalan dengan lancar...
Mujurlah selesai Mesyuarat NS diserang migrin yang agak teruk..pagi tadi cuma ambil ubat di klinik..mungkin terlalu banyak berpikir hinggakan diserang migrin.Hingga kini Alhamdulillah sudah beransur sembuh.